Wednesday, March 10, 2010

.Khamis!!!!.

Ermm...hari ni dah khamis eh. Ini bermakna esok sehari je lagi untuk bersekolah sebelum tiba cuti penggal pertama. Yeehaa!!!seronoknya sebab dapat spend masa seminggu dengan hubby. Then dapat fly sama-sama dengan hubby balik kampung. Ada sesuatu yang menunggu kami di kampung. Ermm..tak sabar rasanya.

Cuti seminggu nie kami satu keluarga akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Abang aku yang ketiga akan melangsungkan perkahwinannya..Finally!!! bertemu jugak jodohnya eh hehe..Mama & adik aku kat rumah mesti sedang sibuk nak menguruskan barang-barang perkahwinan. Maklumlah bakal pengantinnya jauh..cuti sekolah ni baru dapat balik. Tapi aku rasa ia tidakla sesibuk masa aku nak kawen dulu kot. Yela kan.. aku ni kan anak sulung perempuan. Biasanya kalau anak perempuan nie kendurinya mestila nak meriah..nak grand-grand hahaha kelam kabut jugak Mama aku hari tu. If anak lelaki plak kalau boleh nak yang sesimple yang boleh. Walaupun simple tapi tetap meriah :)

Aku sebenarnya kat makmal komputer nie. Dalam kelas pun sempat lagi menulis blog eh. Curi tulang btol. Hehe..sekali sekala apa salahnya kan. Budak-budak pun tengah seronok sekali sekala bagi diorang surfing internet. Release sket tension diorang. Kalau minggu-minggu sebelum nie asyik ngadap Microsoft Excel jer..dahla selalu kena marah dengan aku. Cian diorang :p

Alamak!!! Perut ku sudah berbunyi..dari tadi lagi minta diisi. Ermm..pas abes kelas ni bleh terus ke kantin. Nak makan!!!!Apa agaknya menu kat kantin hari ini. Harap-harap menyelerakan. K la...cau cin cau...

No comments:

Post a Comment