Wednesday, July 28, 2010

.Menunggu Hari.

I'm 39 weeks now..Another 4 days to go. More or less. Dup Dap Dup Dap..
Takottnyerr..The baby's head already engaged.Tapi rasa lega sikit sebab dah berada di kampung.

Akhir-akhir ini sangat sukar untuk tidur dengan nyenyak..tidur mengiring kiri xkena mngiring kanan pun tak kena..tidur telentang apatah lagi. Semuanya rasa sakit. But it is normal untuk ibu yang mengandung. Yang penting jangan mengeluh kerana setiap kesakitan ibu mengandung alami ada ganjaran pahala untuknya hehe..:)

Contraction keep on coming. Perut plak dah mula rasa mengeras 24 jam. Kat bahagian bawah pun dah start rasa sakit and ngilu..It's coming soon!!..Ape-ape pun baby Mama jangan keluar dulu yer Sayang..kita tunggu papa balik. Sangat-sangat memerlukan kehadiran my hubby di saat-saat melahirkan our baby nanti..Hopefully dia ade di sisi masa tu nanti..Amin

Sangat takut juga bila difikirkan untuk menghadapi saat kelahiran baby nanti. Tapi orang cakap tak boleh takut takut..kena prepare dari segi fizikal dan mental. Dan itulah yang sedang saya buat sekarang.Hehehe...Apa-apa pun semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala-galanya..

Oklah..Baby Mama dah lapar nie. We all nak g makan dulu yer..Will update lagi if masih belum bersalin k :D

Tuesday, July 6, 2010

.Lot Of Works.

Sangat tidak suka bila tiba-tiba jer kerja datang bertimbun-timbun dalam satu masa. Huh sangat jenuh untuk menyiapkannya. Tersangatla penat hari ini terpaksa ulang alik dari lab ke pejabat. Kesian baby saya jam 12 tengahari baru dapat makan. Tapi baby Mama sangat good hari nie. Duk diam jer dia seperti memahami kesibukan Mamanya hehe.

Al-kesahnya camni..hari ini pagi-pagi lagi dah ade kelas IT dengan budak2 1 Arif..sedang saya berada di lab tetiba ofis call inform ade nazir datang nak observe untuk subjek GB. Terusla saya bergegas ke ofis untuk berjumpa dengan orang tersebut. Nasib agak baik hari ini Puan Nazir tu takleh nak observe saya hari ini sebabnya makmal GB digunakan untuk pemasangan wireless. At last die cakap akan observe saya pada hari kamis ni plak..Its ok la at least ada time la untuk saya prepare sedikit sebanyak hehe..to all 4D students kamis ni kita belajar mencipta logo kapal yer menggunakan freehand. Hopefully semuanya berjalan lancar :)

Oh my god!!..slide presentation saya pun belum siap lagi..Sabtu nie ade LDP kat sekolah. Sangat boring..kena present and dengar orang lain present dari 8 pagi sampai tengahri..Mampukah untuk saya bertahan berada di dalam bilik seminar yang boleh dikategoikan macam oven tu hari sabtu ni..OOhh no..tak sanggup rasanya.

Esok balik lambat lagi. Ada meting untuk hari terbuka jumaat nanti..Belum ape2 lagi dah rasa penat hahaha..apela saya ni..bukan apa time2 tengahri mcm tu kn adelah waktu yang sangat sesuai untuk kita membaringkan diri merehatkan minda hehe..nanti mula la time meting tu duk terbayang2 tilam kat umah..tak pun duk sembang ngn fa pasal makanan..pasal biskut hehe...time2 mcm ni jugakla baby Mama suke rengek-rengek mintak makanan..kan Sayang kan hehe :D

Monday, March 29, 2010

.Sampai Bila.

Sampai bila aku harus begini
Terus-terusan berjauhan dengan orang tersayang
Tak sanggup lagi untuk aku melalui hidup ini berseorangan

Ya! Aku tau ramai lagi orang lain yang senasib dengan ku
Malah mungkin lebih teruk lagi daripada apa yang aku alami
Aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada
Terus berdoa dan berdoa
Moga rezeki kali ini berpihak kepada kami
YA ALLAH..Engkau bukakanlah jalan untuk kami
Permudahkanlah segala-galanya
Moga kali ini rezeki baby kami
Moga kami dapat bersatu
Menjalani kehidupan bersama di bawah satu bumbung

Diriku,
Senyumla selalu
Moga hilang segala kedukaan
Moga tabah menghadapi segalanya :)

Sayang,
Doakan kita
Doakan kebahagiaan kita bersama
Doakan agar kita dapat hidup bersama
Tidak perlu lagi berjauhan :)

Tuesday, March 23, 2010

.Kuih Bahulu.

Ermm..enaknya kalau dapat makan kuih bahulu panas-panas yang baru kuar dari 'oven tradisonal'kn..Semalam housemate ku bawa ole-ole dari Kedah - kuih bahulu la..tp dah tak panas dah. Dah sejuk sebab dah seharian dalam perjalanan. Tapi ianya masih lagi lembut dan lazat ditelan serta diterima baik oleh perut ku ini hahaha...makan 1 biji pasti nak lagi. Last-last aku habiskan satu bungkus plastik bahulu tu hehe. Maklumla makan untuk dua orang :)

Post kali ni citer pasal kuih bahulu je yer..xde idea nak menulis sejak 2 menjak ni..huhu..layan je la k :)

Wednesday, March 10, 2010

.Khamis!!!!.

Ermm...hari ni dah khamis eh. Ini bermakna esok sehari je lagi untuk bersekolah sebelum tiba cuti penggal pertama. Yeehaa!!!seronoknya sebab dapat spend masa seminggu dengan hubby. Then dapat fly sama-sama dengan hubby balik kampung. Ada sesuatu yang menunggu kami di kampung. Ermm..tak sabar rasanya.

Cuti seminggu nie kami satu keluarga akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Abang aku yang ketiga akan melangsungkan perkahwinannya..Finally!!! bertemu jugak jodohnya eh hehe..Mama & adik aku kat rumah mesti sedang sibuk nak menguruskan barang-barang perkahwinan. Maklumlah bakal pengantinnya jauh..cuti sekolah ni baru dapat balik. Tapi aku rasa ia tidakla sesibuk masa aku nak kawen dulu kot. Yela kan.. aku ni kan anak sulung perempuan. Biasanya kalau anak perempuan nie kendurinya mestila nak meriah..nak grand-grand hahaha kelam kabut jugak Mama aku hari tu. If anak lelaki plak kalau boleh nak yang sesimple yang boleh. Walaupun simple tapi tetap meriah :)

Aku sebenarnya kat makmal komputer nie. Dalam kelas pun sempat lagi menulis blog eh. Curi tulang btol. Hehe..sekali sekala apa salahnya kan. Budak-budak pun tengah seronok sekali sekala bagi diorang surfing internet. Release sket tension diorang. Kalau minggu-minggu sebelum nie asyik ngadap Microsoft Excel jer..dahla selalu kena marah dengan aku. Cian diorang :p

Alamak!!! Perut ku sudah berbunyi..dari tadi lagi minta diisi. Ermm..pas abes kelas ni bleh terus ke kantin. Nak makan!!!!Apa agaknya menu kat kantin hari ini. Harap-harap menyelerakan. K la...cau cin cau...

Tuesday, March 9, 2010

.Baik Baik Sayang.

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

.Sangat Bosan.

Diriku keseorangan lagi hari ini...malam ini. Sama macam semalam. Bosannya. Petang semalam Su sms katanya atuknya di Singapura meninggal dunia. So die terpaksala balik kampung. Tak tahu la sampai bila..Harap-harap tak lama la. Salam takziah untuk Su sekeluarga.

Tak bestla duk sorang-sorang nie..takde teman nak berbual. Takot pun ade especially bila dah malam hehe...Harap-harap segalanya baik-baik saja. Sekarang nie aku tengah menunggu hidangan makan malam ku. Bila dah sorang-sorang ni malas la nak masak. So aku amik order jer. Suruh student aku belikan makanan. Student ku yang seorang ni memang bagus orangnya. Suka tolong cikgunya yang kelaparan ni. Hehe..Menu malam ni..Bihun Goreng + Nes O Ais..sebenarnya aku teringin nak makan Mee Sup Lembu tapi bak kata Syam periuknya dah diterbalikkan. Dah basuhla tu huhu. Kempunanla nak makan Mee Sup Lembu. Takpela rezeki lain masih ada lagi. Bersyukur dengan ape yang ade :)

Tadi pergi beli tiket balik kl dengan Cik Pah. Nasib baik Cik Pah sudi menemani ku. Kalau tidak..alamatnya tak balikla aku cuti sekolah ni..Tak sabar rasanya nak balik kl jumpe hubby..Rindu sangat-sangat. Asyik mengira hari je aku ni kat sekolah. Tak sabar nak cuti. Nak balik kampung juga. Ingatkan aku sorang je yang duk menghitung hari nak cuti. Cik Pah jua begitu haha. Ada plan baik punyerr cuti nanti eh. Hehe..

Ok..stop sini dulu..Hidangan makan malam sudah sampai. Selamat menjamu selera. Nyum..nyum..nyum :)

Wednesday, February 24, 2010

.Sempurna.

Handsome nya dia..
Sangat handsome

Dia menjadi kegilaan gadis-gadis
Even para ibu juga menyukainya
Dia menjadi pujaan ramai

Perwatakannya sungguh menarik
Perlakuannya menampakkan dia seorang yang jujur
Memandang wajahnya membuatkan diri merasa tenang

Di mataku
Dirinya cukup sempurna
Hari-hari terasa ingin memandang wajahnya

Dia senyum
Hatiku terpaut
Kerna..
Wajahnya mempesona

Tuesday, February 23, 2010

.Hanya Kerana Mu.

Hari ini aku mahukan kamu
Sungguh diri ini mengidamkan diri mu
Tolong..jangan menjauhi aku
Datanglah padaku

Bagaimana mahu lena tidur ini
Andai bayangmu sentiasa di fikiranku
Andai rupa mu menjengah di bola mataku
Andai rasa mu seakan-akan membasahi tekak ku

Namun apakan daya
Keinginanku tidak tercapai
Hanya kerana kamu
Aku berangan lagi
Terus berangan untuk memiliki mu


Monday, February 22, 2010

.Meniti Hari.

Merebahkan diri
Di rimba sepi
Cubaku lenyapkan
Keresahan fikiran

Gerhana hariku
Merantai kalbu
Terlena dan buntu
Dalam lautan rindu

Terpenjara ku di dalam
Sendirian
Semakin lama aku merasakan
Begitu membosankan

Alangkah damainya
Andai kau tiba
Di saat segalanya
Merah dan membara

Betapa hatiku
Luka berdarah
Mengharungi pentas
Hari yang sunyi

Daku bagaikan terjaring
Dalam sangkar
Meniti hati tanpamu di sisi
Asingnya ku rasai

Begini lamunan asmara
Sehari bagaikan setahun lamanya
Terpisah
Di saat rindu yang membara
Kau jauh dari mata
Peritnya diri ku tak dapat dilupa
Bagaikan ku meniti bara yang merah
Tersiksa gelisah mengharap menanti
Hadirlah menerangi
Kembali...



Peritkan meniti hari-hari tanpa orang tersayang di sisi. Mengharungi liku-liku kehidupan bersendirian. Tatkala diri dibebani masalah pada siapa harus mengadu???

Wednesday, January 27, 2010

.List Barangan Keperluan & Kehendak.

List barangan yang agak-agak perlu dibeli dalam masa yang terdekat ni...

1. Ubat gigi sensodyne
2. Berut gigi
3. Body Wash/Body Shampoo
4. Pencuci Muka
5. Olay Total Effect
6. Kapas muka/tisu muka..btol tak eh namanya tu???
7. Air kotak soya bean.. nak tambah protein dlm badan :)
8. Teh Susu Lipton 3 in 1 (tgk iklan cam sedap jer..)
9. Pen Hitam (Stok pen dah abes..nk kna beli baru nak tulis buku rekod mengajar)
10.Liquid paper (Asyik pinjam cik pah nyer jer sbb die ade pencil box besar punyerr..hehe)
11.Kismis..snack ketika lapar waktu di sek ataupn di rumah :p

Ape lagi ekk???ermm..hari tu terpikir macam banyak benda jer nak beli..huhu..takpela yang tak ingat tu senarai kemudian..tak pun kalau tingat terus beli on d spot..hahaha..macamla aku nih ade transport nk pegi beli on d spot. Yang tersenarai ni pun tak tau bila nk g shopingnyer..nk kena tunggu myhubby datang cni dulu :)

Monday, January 25, 2010

.En Mood Tak Hadir Hari Ini.

Ke mana perginya en mood..pagi-pagi lagi dah menghilangkan diri..En mood takde maka muncul pulak kemalasan dalam diri ini.bukannya ape hari ini aku tak larat sangat untuk ke sekolah.padahal dah 2 hari aku rehat kat umah weken baru-baru ini.Mungkin faktor kesihatan yang menjadikan aku sedemikian. Rasa nak baring jer sepanjang kat sekolah tadi huhu..
Namun demikian aku tetap menjalankan kewajipan aku sebagai seorang guru..Nasib baik aku mengajar satu kelas jer hari ini walaupun 4 waktu bersama diorang..tapi oklah pelajar-pelajarnya tidak banyak kerenah. Masih boleh dikawal lagi..:)..hari ni juz bagi nota jer kat diorang..esok baru start dengan kerja kursus.
Minggu ni minggu berkabung bagi semua warga Johor sempena dengan kemangkatan sultan johor. tak kisah la orang tu bukan anak jati johor pun tapi disebabkan diorang tinggal kat johor so kena la berkabung jugak..naseb baik seminggu jer...so dalam masa seminggu ni aku kena la bertudung putih sepanjang di sekolah or di mana-mana sahaja tempat yang aku pergi. Kalau tak nanti kena saman huhu...
Oklah..stop sampai sini dulu untuk hari ini..nak nonton mayang mengurai jap hehe..

SELAMAT MENONTON :)