Tuesday, March 23, 2010

.Kuih Bahulu.

Ermm..enaknya kalau dapat makan kuih bahulu panas-panas yang baru kuar dari 'oven tradisonal'kn..Semalam housemate ku bawa ole-ole dari Kedah - kuih bahulu la..tp dah tak panas dah. Dah sejuk sebab dah seharian dalam perjalanan. Tapi ianya masih lagi lembut dan lazat ditelan serta diterima baik oleh perut ku ini hahaha...makan 1 biji pasti nak lagi. Last-last aku habiskan satu bungkus plastik bahulu tu hehe. Maklumla makan untuk dua orang :)

Post kali ni citer pasal kuih bahulu je yer..xde idea nak menulis sejak 2 menjak ni..huhu..layan je la k :)

Wednesday, March 10, 2010

.Khamis!!!!.

Ermm...hari ni dah khamis eh. Ini bermakna esok sehari je lagi untuk bersekolah sebelum tiba cuti penggal pertama. Yeehaa!!!seronoknya sebab dapat spend masa seminggu dengan hubby. Then dapat fly sama-sama dengan hubby balik kampung. Ada sesuatu yang menunggu kami di kampung. Ermm..tak sabar rasanya.

Cuti seminggu nie kami satu keluarga akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup kami. Abang aku yang ketiga akan melangsungkan perkahwinannya..Finally!!! bertemu jugak jodohnya eh hehe..Mama & adik aku kat rumah mesti sedang sibuk nak menguruskan barang-barang perkahwinan. Maklumlah bakal pengantinnya jauh..cuti sekolah ni baru dapat balik. Tapi aku rasa ia tidakla sesibuk masa aku nak kawen dulu kot. Yela kan.. aku ni kan anak sulung perempuan. Biasanya kalau anak perempuan nie kendurinya mestila nak meriah..nak grand-grand hahaha kelam kabut jugak Mama aku hari tu. If anak lelaki plak kalau boleh nak yang sesimple yang boleh. Walaupun simple tapi tetap meriah :)

Aku sebenarnya kat makmal komputer nie. Dalam kelas pun sempat lagi menulis blog eh. Curi tulang btol. Hehe..sekali sekala apa salahnya kan. Budak-budak pun tengah seronok sekali sekala bagi diorang surfing internet. Release sket tension diorang. Kalau minggu-minggu sebelum nie asyik ngadap Microsoft Excel jer..dahla selalu kena marah dengan aku. Cian diorang :p

Alamak!!! Perut ku sudah berbunyi..dari tadi lagi minta diisi. Ermm..pas abes kelas ni bleh terus ke kantin. Nak makan!!!!Apa agaknya menu kat kantin hari ini. Harap-harap menyelerakan. K la...cau cin cau...

Tuesday, March 9, 2010

.Baik Baik Sayang.

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

.Sangat Bosan.

Diriku keseorangan lagi hari ini...malam ini. Sama macam semalam. Bosannya. Petang semalam Su sms katanya atuknya di Singapura meninggal dunia. So die terpaksala balik kampung. Tak tahu la sampai bila..Harap-harap tak lama la. Salam takziah untuk Su sekeluarga.

Tak bestla duk sorang-sorang nie..takde teman nak berbual. Takot pun ade especially bila dah malam hehe...Harap-harap segalanya baik-baik saja. Sekarang nie aku tengah menunggu hidangan makan malam ku. Bila dah sorang-sorang ni malas la nak masak. So aku amik order jer. Suruh student aku belikan makanan. Student ku yang seorang ni memang bagus orangnya. Suka tolong cikgunya yang kelaparan ni. Hehe..Menu malam ni..Bihun Goreng + Nes O Ais..sebenarnya aku teringin nak makan Mee Sup Lembu tapi bak kata Syam periuknya dah diterbalikkan. Dah basuhla tu huhu. Kempunanla nak makan Mee Sup Lembu. Takpela rezeki lain masih ada lagi. Bersyukur dengan ape yang ade :)

Tadi pergi beli tiket balik kl dengan Cik Pah. Nasib baik Cik Pah sudi menemani ku. Kalau tidak..alamatnya tak balikla aku cuti sekolah ni..Tak sabar rasanya nak balik kl jumpe hubby..Rindu sangat-sangat. Asyik mengira hari je aku ni kat sekolah. Tak sabar nak cuti. Nak balik kampung juga. Ingatkan aku sorang je yang duk menghitung hari nak cuti. Cik Pah jua begitu haha. Ada plan baik punyerr cuti nanti eh. Hehe..

Ok..stop sini dulu..Hidangan makan malam sudah sampai. Selamat menjamu selera. Nyum..nyum..nyum :)

Wednesday, February 24, 2010

.Sempurna.

Handsome nya dia..
Sangat handsome

Dia menjadi kegilaan gadis-gadis
Even para ibu juga menyukainya
Dia menjadi pujaan ramai

Perwatakannya sungguh menarik
Perlakuannya menampakkan dia seorang yang jujur
Memandang wajahnya membuatkan diri merasa tenang

Di mataku
Dirinya cukup sempurna
Hari-hari terasa ingin memandang wajahnya

Dia senyum
Hatiku terpaut
Kerna..
Wajahnya mempesona

Tuesday, February 23, 2010

.Hanya Kerana Mu.

Hari ini aku mahukan kamu
Sungguh diri ini mengidamkan diri mu
Tolong..jangan menjauhi aku
Datanglah padaku

Bagaimana mahu lena tidur ini
Andai bayangmu sentiasa di fikiranku
Andai rupa mu menjengah di bola mataku
Andai rasa mu seakan-akan membasahi tekak ku

Namun apakan daya
Keinginanku tidak tercapai
Hanya kerana kamu
Aku berangan lagi
Terus berangan untuk memiliki mu


Monday, February 22, 2010

.Meniti Hari.

Merebahkan diri
Di rimba sepi
Cubaku lenyapkan
Keresahan fikiran

Gerhana hariku
Merantai kalbu
Terlena dan buntu
Dalam lautan rindu

Terpenjara ku di dalam
Sendirian
Semakin lama aku merasakan
Begitu membosankan

Alangkah damainya
Andai kau tiba
Di saat segalanya
Merah dan membara

Betapa hatiku
Luka berdarah
Mengharungi pentas
Hari yang sunyi

Daku bagaikan terjaring
Dalam sangkar
Meniti hati tanpamu di sisi
Asingnya ku rasai

Begini lamunan asmara
Sehari bagaikan setahun lamanya
Terpisah
Di saat rindu yang membara
Kau jauh dari mata
Peritnya diri ku tak dapat dilupa
Bagaikan ku meniti bara yang merah
Tersiksa gelisah mengharap menanti
Hadirlah menerangi
Kembali...



Peritkan meniti hari-hari tanpa orang tersayang di sisi. Mengharungi liku-liku kehidupan bersendirian. Tatkala diri dibebani masalah pada siapa harus mengadu???